Foto Bogel Eli Wong... Jika Bukan Hilmi, Siapa??



Hilmi Nafi Sebar Gambar Kontroversi Elizabeth Wong

Selepas tiga tahun menghilangkan diri, Hilmi Hazimin Malek akhirnya muncul dengan pengakuan yang dia pernah bercinta dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjang, Elizabeth Wong.

Bagaimanapun, dia menafikan menyebarkan gambar separuh bogel bekas kekasihnya itu di Internet selepas mereka berpisah.

Gambar bogel Wong yang disebarkan menerusi MMS dan Internet pada Februari 2009 menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan daripada Parti Keadilan Rakyat.

Namun, PKR enggan menerima peletakan jawatannya.

Hilmi, 37, yang terlibat dalam penyebaran gambar tersebut, menghilangkan diri selepas polis meminta bantuannya dalam siasatan kes itu.

Menerusi temu bual bersama akhbar Kosmo! di Batam, Indonesia, Hilmi berkata, dia tidak sejahat seperti sesetengah pihak di Malaysia fikirkan mengenainya.

"Saya tidak tahu siapa yang sebarkan. Yang saya tahu telefon bimbit itu sudah lama hilang," katanya ketika ditemui pemberita akhbar tersebut di ibu pejabat Polresta Barelang, Batam, Kepulauan Riau pada Isnin.

Dia mendakwa banyak laporan yang disiarkan dalam akhbar-akhbar di Malaysia mengenai kontroversi itu tidak benar dan mengundang salah faham masyarakat.

Ditanya mengapakah dia menghilangkan diri, Hilmi mendakwa dia bertindak demikian kerana tidak mahu dijadikan mainan politik ekoran penyebaran gambar-gambar kontroversi tersebut.

"Saya bukan lari kerana takut...saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Selain itu saya juga tidak mahu dijadikan sarkas politik," katanya.

Hilmi turut menafikan dia enggan pulang ke Malaysia kerana takut dibunuh.

Dia berkata tidak membenci bekas teman wanitanya itu dan mendoakan semoga wanita tersebut terus sukses.

Mengulas mengenai penahanannya, Hilmi memberitahu, dia ditempatkan di dalam lokap bersama lapan orang lagi tahanan lain dan disiasat polis Indonesia.

"Kebanyakan masa dalam lokap saya habiskan dengan membaca buku berkaitan sejarah," katanya yang menaruh harapan untuk meminta suaka politik di negara Eropah.

Sementara itu, pegawai khas Wong, Brian Yap berkata, majikannya tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara itu.

Wong terus membisu mengenai perkara itu sejak Hilmi ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia awal bulan ini.

Beliau dijadualkan menghadiri sambutan World Wetland, Sabtu lalu tetapi pihak penganjur berkata, Wong menarik diri pada saat-saat akhir.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, polis sedang menunggu pihak berkuasa Indoensia untuk menyelesaikan kes penahanan Hilmi.

Ku berkata, mereka berharap untuk menyoal-siasat Hilmi berhubung penyebaran gambar-gambar kontroversi itu.

"Kita perlu menjalankan siasatan tersendiri tanpa mengambil kira apa yang dilaporkan oleh akbar," katanya ketika dihubungi The Star.

Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger