Sabtu, 4 Februari 2012
Dedah!! Lim Guan Eng Menipu Lagi!!
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyifatkan tuduhan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa hanya 22 peserta Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di negeri ini menerima bantuan RM1.1 juta daripada kementerian sebagai pembohongan semata-mata.
Penasihat kementerian itu, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, bantuan pada 2009 itu sebenarnya diberikan kepada 990 peserta miskin di negeri ini dan daripada jumlah itu 22 peserta adalah dari Nibong Tebal.
Katanya, jumlah RM1.1 juta itu adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan RM22.9 juta yang disalurkan kementerian bagi pelbagai projek SPKR di Pulau Pinang dari 2008 hingga 2012 untuk membantu 3,938 peserta miskin dan miskin tegar di negeri ini.
Menurut Zainal Abidin, kerajaan negeri pimpinan Guan Eng telah memutarbelitkan fakta mengenai bantuan RM1.1 juta itu dengan menyatakan peruntukan hanya diberi kepada 22 peserta dan menuduh beliau mengamalkan rasuah.
"Angka yang diberikan kementerian adalah tepat dan bukannya diberikan kepada 22 peserta seperti yang didakwa Guan Eng itu.
"Tuduhan berterusan yang dibuat oleh pemimpin DAP itu adalah pembohongan bagi menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan awal persekolahan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkrian kepada 200 pelajar di sini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina kelmarin yang menyebut Guan Eng dalam ucapan sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini menuduh amalan rasuah dalam pemberian RM1.1 juta kepada 22 orang peserta di Nibong Tebal.
Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, setiap bantuan kepada golongan miskin bukannya rasuah. -um
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
JENDELA.POP
-
Kontroversi T*t*k Zarina Anjoulie Bagaimana agaknya perjalanan kerjaya Zarina Anjoulie Lavocah jika gambar-gambar lucahnya tidak ters...
-
Mungkin ini adalah berita paling hangat pada minggu ini. AC sendiri amat terkejut dengan dakwaan Zuraida Ahli Parlimen Ampang yang mana s...
-
Seingat saya yang kerap ditugaskan buat liputan sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim, belum pernah wartawan tempatan, pro pembangkang d...
-
Anggaran yang diletakkan sekretariat Bersih 3.0 sebelum ini ialah 500,000 orang akan tampil untuk menyertai demonstrasi berkenaan. Nam...
-
Mungkin ini budak yang baru belajar belajar berblogging... Tak faham etika dan cuba untuk menunjukkan sokongan tahap longkangnya kepada Ambi...
-
Kata orang-orang tua, kalau kita nak tengok sahsiah seseorang itu, kita kena tengok dengan siapa dia bergaul. Cuba tengok gambar2 di b...
-
patutlah demo Bersih 3.0 tempoh hari jadi huru-hara... rupanya dihadiri oleh kaki-kaki botol yang tengah mabuk... entah2 ada yang hadi...
-
Benarkah gadis dalam foto di atas - Linora Low, Dj di stesyen radio RedFM yang melakukan kerja gile seperti dalam foto-foto di bawah?? Terc...
-
Sejak beberapa hari lalu kecoh mengenai pendedahan rakaman seks Timbalan Presiden PKR bersama seorang wanita yang mula disebarkan melalui...
-
Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang. Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang...

0 comments:
Catat Ulasan