Alahai... Gimik Tak Bertanding PRU13 Haji Hadi Tak Menjadi!


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-13, lapor Sinar Harian hari ini.

Akbar itu berkata ia akan memudahkan Hadi, bergerak di peringkat pusat, lebih-lebih lagi untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai presiden parti.

Hadi (gambar), yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang sebelum ini memutuskan bertanding satu kerusi selepas melahirkan hasrat untuk bersara dalam politik.

Keputusan bertanding satu kerusi dbuat Hadi selepas Lajnah Politik PAS menolak hasratnya berundur.

"Seboleh-bolehnya satu kerusi sahaja. Itu yang saya minta. Terpulang kepada partilah untuk menentukan sama ada untuk kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, tetapi saya lebih mudah di Parlimen untuk bergerak di peringkat pusat," katanya.

Sumber parti mengesahkan The Malaysian Insider bahawa Hadi berkemungkinan akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang.

Hadi sebelum ini berkata mahu berundur kerana sudah terlalu lama dalam politik selain mahu melihat generasi baru memimpin parti itu.

Bagaimanapun hasrat itu ditolak PAS dalam satu mesyuarat pada Rabu lalu.

"Tawaran saya baru-baru ini yang tidak mahu bertanding kerana ingin memberi tumpuan kepada parti memandangkan ketika ini masa banyak dibahagikan untuk parti dan rakyat.

"Kalau parti tidak menerima pilihan itu, saya bersama parti sahaja, saya bersedia untuk dua-dua sekali, iaitu rakyat dan parti. Saya juga mendengar rayuan daripada akar umbi yang mendesak agar saya terus berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Katanya, pihaknya sudah menerima keseluruhan senarai cadangan nama calon PAS di semua negeri dan mengakui nama beliau juga termasuk dalam senarai terbabit. -TMI


--- Maya de Jendela ---
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger