Alahai~~ Badrolamin Khalwat Cuba Spin Lagi...!!

Badrolamin dakwa pembantunya disogok

SEREMBAN – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron mendakwa pembantunya ditawarkan imbuhan lumayan oleh sekumpulan lelaki sebagai dorongan supaya menjadi saksi memburukkannya.

Menurut Badrolamin, pembantunya itu diugut supaya memberi kerjasama dan ditawarkan upah lumayan bagi membantu menjayakan satu rancangan pihak tersebut.

“Ketika saya berada di Kuantan, pembantu saya didatangi enam lelaki dengan nada memujuk dan mengugut meminta supaya memberikan kerjasama.

“Sekiranya dia (pembantu) sanggup berikan kerjasama dengan menceritakan kononnya saya begitu dan begini, dia akan diberikan imbuhan lumayan,” katanya semasa menyampaikan ceramah sulungnya di Ampangan, dekat sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, Badrolamin berkata, pembantunya itu kuat semangat tidak melayan tawaran berkenaan sebelum memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, dia dan pembantunya bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat ini bagi membersihkan kembali namanya berikutan kejadian ditangkap khalwat lalu.

Sementara itu, Badrolamin juga berkata akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu serta stesen televisyen tempatan kerana menyiarkan laporan khalwatnya.

Malah, beliau turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan dalam kedua-dua media itu.

“Selepas keterangan saya dan wanita terbabit diambil, Jaip mendapati dakwaan saya berdua-duaan adalah tidak benar dan pihak jabatan agama juga menerima sendiri kenyataan itu.

“Dengan itu, kenyataan Mohd Ghazali bahawa saya ditangkap berdua-duaan adalah terbatal, begitu juga laporan media berkenaan bahawa kami ditangkap berkhalwat adalah tidak benar.

“Sehubungan itu, kami akan me ngambil tindakan undang-undang terhadap kedua-duanya,” katanya. -sinar
Share this post :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
29 Februari 2012 10:49 PG

Salam semua;
Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.

Tanpa Nama
29 Februari 2012 10:56 PG

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger