Maya berkongsi pendapat yang sama seperti blogger CTS:
Sebelum ini Kelab Taat Suami pernah menerbitkan sebuah buku kontroversi bertajuk "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia" sehingga menyebabkan buku berkenaan diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri disebabkan buku berkenaan mengulas mengenai seks suami isteri secara terpeinci.
Tidak serik dengan kontroversi berkenaan, terbaharu, Kelab Taat Suami kembali dengan kempen yang biadab iaitu "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" semperna menyambut sambutan Maulidul Rasul tahun ini. Memetik sumber The Malaysian Insiders:
Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam. Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah. - The Malaysian Insiders.
CTS tidak bersetuju dengan cara Kelab Taat Suami mengangkat kehidupan seksual sebagai agenda utama perjuangan mereka. Apatah lagi dengan meletakkan Rasulullah SAW sebagai tokoh seks Islam amat biadab dan menghina ketokohan Rasulullah SAW. Islam didatangkan dengan rahmat manakala Rasulullah SAW dilantik sebagai Rasul sebagai penyuluh sekalian alam dan menyempurnakan akhlak dan keimanan umat Baginda. Adalah diharapkan pihak-pihak berkenaan dapat memantau pergerakan Kelab Taat Suami dari terus memesongkan dan menghina kesucian Agama Islam.
dipetik dari blog CUCU TOK SELAMPIT
+ comments + 5 comments
babun punya mangkuk hayun..... pergi jahanam lah korang! tak cukup yahudi persenda dan menjatuhkan Islam ngkorang nak join sekaki? Aku pencinta damai pun boleh tergugat kesabaran dengan perangai korang yang tak serupa tudung litup di kepala, mulut ternganga meluahkan benda yang tak berfaedah dan memalukan! hati kelam dan otak bengap! KE MANA HILANG KESOPANAN DAN KESANTUNAN KAMU WAHAI PEREMPUAN YANG KONONNYA TAAT KEPADA AJARAN ISLAM? DAH JADI SELIMUT POLITIK?
SEKURANG-KURANGNYA ANWAR PUN TAK BERANI NAK PERSENDAKAN RASULLULLAH, KELAB TAAT SUAMI NI PULAK BERANI! AKU BUKAN MENDOAKAN LAKNAT KE ATAS KAMU TETAPI BIARLAH KAMU DITUNJUKKAN SEDIKIT 'PENGAJARAN' AGAR BERHENTI MEMALUKAN AGAMA ISLAM YANG SUCI! otak Kelab Taat Suami ni lebih biru dari pelakon 'Blue'
xde bende lain ke yg nak diperjuang dan diagungkan selain seks??? kecik btol otak pemikiran depa ni. xckup ngan kes homoseks pak nuar, skang tokoh seks plak?? bodo bingai x bole diajar!!
Kelab Taat Suami bernaung di bawah Global Ikhwan (Al Arqam). Kenapa hendak dikaitkan dengan PAS? Jika tak tahu, bertanyalah. Siasat. Perbuatan fitnah itu besar dosanya. Adakah anda merasa aman dan selamat dari api neraka?
mangkuk hayun punya artikel..kelab tu semuanya bekas ahli Arqam lah wooi
jelas tuan punye blog x paham isu n just copy paste dari mane2 blog. kenyataan di atas berunsur fitnah dan hasutan. satu malaysia tau kelab tersebut bukan ditubuhkan oleh organisasi PAS. mintak tarik kenyataan anda dan mohon maaf.kenyataan berbaur fitnah boleh disabitkan dlm court jika ada police report yang dibuat.mintak didelete post anda. kami x kan teragak2 bawa isu ke atas dan kpd polis jika ia melibatkan maruah PAS dan islam.mohon respon tindakan segera!
Catat Ulasan