Rakyat Selangor Sudah Sedar Tertipu!!


Rakyat Selangor dipercayai telah sedar mereka tertipu dengan janji manis kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjanjikan perubahan.

Penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kini amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Selangor untuk mengubah kerajaan yang gagal berfungsi dan menyelesaikan masalah.

Katanya yang juga bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat lebih meyakinkan dengan pendekatan rakyat didahulukan.

Menurutnya, rata-rata rakyat Selangor amat teruja menunggu saat-saat diberi peluang mengubah kerajaan negeri melalui PRU13.

''Sambutan yang diberikan oleh rakyat Selangor sempena lawatan Perdana Menteri semalam memberikan isyarat yang jelas kepada pembangkang bahawa mereka gagal dan membohongi masyarakat setempat selama memerintah beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.

Beliau mengulas mengenai program turun padang Perdana Menteri ke Selangor semalam dan peluang untuk BN kembali memerintah.

Roslan berkata, sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada 2008, Selangor tidak pernah sunyi daripada meresahkan rakyat dengan pelbagai isu yang mencemaskan.

Terbaru katanya, isu menaikkan sewa premis Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam, jelas menekan dan membelakangkan kepentingan rakyat sehingga menyebabkan protes oleh pemilik perniagaan.

''Tindakan kerajaan PKR di Selangor ibarat kera mendapat bunga yang secara tidak langsung menjejaskan kesejahteraan rakyat yang sebelum ini terkenal dengan negeri termaju di Malaysia," katanya.

Sementara itu, pemerhati politik, Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, kerajaan PKR Selangor dilihat masih 'tercari-cari' formula terbaik untuk mengekalkan kuasa dan membuktikan mereka lebih baik daripada BN.

Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun, Terengganu berkata, kerajaan di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat berhati-hati dalam menjaga ketelusan kerana hanya itu sahaja modal pilihan raya yang dapat dimainkan.

Namun katanya, sekiranya kerajaan Selangor sekarang terlalu mementingkan idealisme parti yang mahu dilihat telus dan adil tanpa mengambil berat masalah rakyat seperti kadar sewa dan sampah, ia bakal dijadikan isu utama yang boleh mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.

''Pengalaman rakyat Selangor di bawah dua pemerintahan berbeza bakal memberikan satu penawaran kuasa yang boleh menguntungkan mereka," katanya.

''BN akan cuba memperbetulkan kesilapan lalu dan memberikan yang terbaik sekiranya dapat kembali menjadi pemerintah," katanya. -UM
Share this post :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
25 Mac 2012 4:03 PTG

hoi..pencacai umno. jgn nak berangan rampas selangor. kami dah cukup selesa kerajaan selangor sekarang. Air percuma, masuk u dpat 1000, skim mati 2500.. lepas tu pembangkang di selangor boleh cakap yg kerjaan selangor abaikan kepentingan rakyat. hahaha.. boleh percaya ke??? fikirkanlah.

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger