Parti Islam Yang Tidak Dipercayai Untuk Menggalas Hal Ehwal Umat Islam...


Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr. Hasan Ali menunjukkan bahawa Pas Selangor tidak lagi mendapat kepercayaan rakan pakatannya.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu juga menunjukkan peranan Pas semakin kecil di Selangor.

Katanya, pengambilalihan itu juga menunjukkan Menteri Besar sudah tidak mempercayai Pas untuk memegang urusan pentadbiran negeri biarpun dalam hal berkaitan Islam.

“Pemimpin tertinggi dan ahli Pas harus sedar bahawa jasa yang mereka taburkan selama tiga tahun bersama dengan pakatan kini telah dikhianati.

“Selepas ini, urusan berkaitan hal ehwal Islam di Selangor akan lebih bercelaru memandangkan Abdul Khalid bukan datang daripada latar belakang yang mahir dengan selok-belok agama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Abdul Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam selepas Pas memecat Datuk Dr. Hasan Ali daripada menjadi ahli parti.

Tambah Hamidzun lagi, pemecatan Hasan juga merupakan satu kerugian besar kepada Pas kerana mereka telah kehilangan ‘ayam laga‘ yang kuat di dalam Pakatan Rakyat Selangor.

“Mengapa harus Abdul Khalid yang memegang portfolio sedangkan masih ada calon lain lebih layak dan sesuai bagi jawatan tersebut berbanding dia.

“Bagi saya, ini menunjukkan bahawa masa mereka memerintah negeri Selangor sudah tidak lama kerana saya yakin selepas ini rakyat makin sedar dan akan membuat keputusan terbaik semasa pilihan raya umum,” jelasnya. -utusan
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger