Nik Aziz Konfiden Dia Tak Termasuk Dalam Senarai Parasit... Ye Ke??

PAS Tidak Bimbang 'Road Show' Hasan Ali - Nik Aziz

KOTA BHARU: PAS tidak bimbang dengan cadangan jelajah ke seluruh negara oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, Hasan kini bukan lagi anggota PAS dan beliau boleh berbuat apa sahaja yang bukan atas nama parti itu.

"Beliau (Hasan) bebas berbuat apa sahaja atas sifatnya sendiri dan bukan atas nama parti kerana beliau tidak lagi menjadi anggota PAS," kata Nik Abdul Aziz ketika ditanya mengenai cadangan "road show" itu untuk Hasan menjelaskan kedudukannya dalam politik selepas dipecat dari PAS.

Menteri Besar Kelantan itu bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjung hormat lima anggota Parlimen dari China diketuai Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan China, Thao Guang Qing, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz mengalu-alukan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Selangor yang baru menggantikan Hasan.

Sebelum digugurkan Hasan memegang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor. - BERNAMA
Share this post :

+ comments + 1 comments

19 Januari 2012 3:06 PTG

Patutnya diadakan satu 'road show' promosikan gaya hidup homo cun macam aku ni.

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger