"Memang Anwar Rapat Dengan Israel!" -Tun M


PUTRAJAYA 30 Jan. - Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel menunjukkan betapa 'dekatnya' hubungan ketua pembangkang itu dengan negara Yahudi itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir berkata, adalah tidak mungkin Anwar menunjukkan sebarang penentangan terhadap Israel memandangkan beliau mempunyai hubungan yang baik dan akrab dengan golongan Yahudi di barat.

''Anwar memang pun mirip kepada Israel kerana bila keluar dari penjara, dia pergi ke Munich, Jerman dan semasa di sana, dia ada perbincangan dengan (Paul) Wolfowitz selama tiga jam.

''Memang dia dekat dengan Israel kerana dia suka orang Barat puji dia agar ternampak sebagai orang yang moden, ikut trend tetapi sebaliknya kita ini dia anggap lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Pendekatan Malaysia Dalam Soal Kepimpinan Awam anjuran Razak School of Government di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Razak School Of Government Dr. Hamidin Abdul Hamid.

WSJ pada Khamis lalu mendedahkan sokongan ketua pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Dr. Mahathir yang kecewa dengan kenyataan tersebut berkata, ketua pembangkang itu amat pandai berkata-kata khususnya selepas menerima pelbagai kecaman berhubung kenyataannya itu.

''Dia pandai, nampak warak dan saya pun terperangkap kerana saya ingat dia betul-betul warak dan sebab itu saya mengalu-alukan kemasukan dia dalam UMNO kerana saya ingat dia akan bawa nilai-nilai Islam.

''Tetapi saya dapati dia masuk UMNO kerana kalau masuk Pas tidak mungkin jadi Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu dalam syarahannya, Dr. Mahathir berkata, sehingga kini tidak ada satu sistem yang membolehkan rakyat memilih pemimpin yang mampu membawa pembangunan fizikal dan rohani secara berterusan.

''Ini kerana ada ketika ia tepat dan ada kalanya tidak. Ini ditambah pula dengan kepandaian seseorang pemimpin yang diketahui tidak cekap, menggunakan pelbagai kaedah untuk mempengaruhi keputusan majoriti rakyatnya," katanya. -um
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger