Khalid Pegang Portfolio Agama... Untuk Kukuhkan Islam atau Kukuhkan Kuasa??


Tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melakukan rombakan dengan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama daripada Pas dilihat sebagai strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengukuhkan penguasaan mereka dalam pentadbiran negeri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, keputusan Abdul Khalid mengambil alih portfolio yang begitu penting sebenarnya bukan bertujuan untuk memperkukuhkan perjuangan Islam, sebaliknya mahu menjaga hati sekutunya DAP.

Ini kerana, beliau berkata, ketika portfolio itu dipegang oleh Datuk Dr. Hasan Ali yang mewakili Pas, pemimpin itu sering kali dilihat tidak bersependapat dengan PKR dan DAP terutama melibatkan isu penjualan arak, murtad, penguatkuasaan ke atas operasi rumah urut dan hotel bajet di negeri ini.

"Kita tidak menolak kemungkinan pengurusan hal ehwal agama Islam ketika di bawah penguasaan Exco yang mewakili Pas sebelum ini, dilihat sebagai 'batu penghalang' oleh DAP untuk melaksanakan agenda mereka di negeri ini dengan mempergunakan PKR.

"Pengambilalihan portfolio itu kepada Menteri Besar juga tidak sesuai kerana beliau bukan ahli dalam bidang itu (pakar dalam agama Islam). Kalau letak orang yang pakar agama Islam, ia mungkin mencetuskan kebimbangan DAP," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat fasa pertama kepada 400 orang penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haron di sini hari ini.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menyifatkan DAP telah mencapai kemenangan apabila berjaya mendorong PKR untuk mengambil alih portfolio berkenaan yang menyebabkan Pas kini seolah-olah menjadi 'pak turut' dalam pentadbiran Selangor.

''Pas hanya digunakan sebagai batu loncatan kepada PKR dan DAP untuk mendapatkan kuasa pentadbiran di Selangor. Jika dahulu Pas dianggap menumpang dalam pentadbiran negeri ini, sekarang parti itu 'melukut di tepi gantang' apabila hanya dijadikan alat untuk kekalkan kuasa PKR dan DAP," katanya. -um
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger