Gempar!! Hantu Pocong Sebenarnya Ditujukan Kepada MB Azizan Kedah!!


Maya just wondering betul ke niat asal diorang ni untuk mengadakan protest di hadapan ibu pejabat PAS... Atau beralih hala last2 minit selepas menyedari tak ramai sangat mahasewel yang berminat menyertai aktiviti 'terlebih masa lapang mereka'.... Sepatutnya turunkan bendera PAS & naikkan 'hantu pocong' tu baru nampak adil & berkecuali... Sinonim betul 'hantu pocong' & PAS! Hik-hikss~!! -Maya de Jendela


Kuin 5: Mahasiswa protes sikap membisu PAS
Kira-kira 20 pelajar mengadakan bantahan di luar ibupejabat PAS hari ini sebagai membantah tindakan parti itu yang membisu berhubung tindakan menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.

NONEMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah pengerusi lembaga pengarah Kuin yang di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS.

Kelima-lima pelajar itu digantung selepas berdemonstrasi di Kuin tahun lalu.

"Sehingga hari ini, tidak ada pendirian rasmi dari PAS mahupun Pakatan Rakyat. Kami tuntut supaya mereka campurtangan," kata Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Mohd Safwan Anang.

"Sebelum ini, kami pernah berarak ke ibupejabat Umno. Hari ini kita berhimpun di ibupejabat PAS untuk menyatakan pendirian kami menentang Akta Universiti dan Akta Kolej Universiti."

NONETurut bersetuju dengan kenyataan itu adalah Mohd Aiman Abd Razab (kiri) - seorang daripada lima pelajar yang digantung pada Jun lalu. Katanya, ini adalah mengenai prinsip.

"Kami akan terus berjuang demi menegakkan prinsip-prinsip kami (berhubung kebebasan akademik).

“Ini bukan tentang parti atau warna kulit, kita tidak mengamalkan dwi-standard. Di mana suara kita boleh diluahkan jika di bawah Pakatan kita juga cuba disenyapkan?" soal beliau.
Selain Mohd Aiman, pelajar yang dikenakan tindakan itu adalah Mohd Faiz Mohd Arshad yang digantung dua semester manakala Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran. -malaysiakini
Share this post :

+ comments + 1 comments

19 Januari 2012 8:34 PG

Mahasiswa masa untuk belajar. Tunjukkan kepada dunia yang mahasiswa bijak dalam ilmu bukan berdemo murahan seperti bodoh. Bila Rasulullah dan Islam dihina oleh puak kafir di Malaysia mana suara mahasiswa. Bergulinglah atas jalan menunjukkan kestiaan pada Islam dan kecintaan pada Rasulullah. Kalau exam dok kantoi dapat C atau B- (itupun atas ihsan pensyarah) Baliklah belajar....jangan cemarkan reputasi anda sebagai mahasiswa Islam yang berilmu dan berakhlak. hak kita boleh disalur dengan cara yang lebih berhemah.... http://yaayyuhalwalad.blogspot.com/

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger