Awas!! Perjuangan Luar Biasa Wanita BN dalam PRU13!!


Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) akan melancarkan perjuangan luar biasa terhadap 30 kawasan Parlimen yang dikuasai pemimpin tertinggi pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tanpa menyenaraikan nama kawasan tersebut, Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita BN akan memastikan semua kerusi kawasan Parlimen itu ditawan kembali oleh BN.

''Apa yang kita umumkan ini bukan gurauan kerana kita sudah tahu kelemahan ahli Parlimen terbabit hasil kaji selidik yang kita lakukan,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wilayah Persekutuan di Pusat Komuniti Taman Ibu Kota di sini hari ini.

Menurut Shahrizat, hasil kaji selidik itu mendapati terlalu banyak kelemahan dalam pimpinan parti pembangkang di kawasan terlibat termasuk menabur janji-janji kosong semasa PRU sebelum ini.

''Pengumuman ini juga menunjukkan bahawa Wanita BN sudah bersedia menghadapi apa jua rintangan menjelang PRU13 ini,'' tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, jentera Skuad Sayang akan memperluaskan khidmatnya melalui kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kini mula menunjukkan minat terhadap kerja-kerja kebajikan yang dilakukan skuad berkenaan.

''Maklum balas yang kita terima amat positif dan kita akan minta NGO ini untuk menyalurkan khidmat sebagai sukarelawan bersama-sama skuad ini,'' ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, Pergerakan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan akan membuat laporan polis terhadap pihak yang menganjurkan perhimpunan haram menjelang keputusan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, perhimpunan tersebut hanya akan menimbulkan huru hara dan menggugat kestabilan negara. -UM
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger