MB Kena Tangkap Basah Atau Blogger Akan Tangkap Nangis??

MB Saman Penulis Blog Fitnah
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat.

Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu namun beliau hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.

"Tapi apabila mengenangkan anak saya bila balik belajar, menangis depan saya mengatakan blog tulis macam-macam pasal saya, jadi saya ambil keputusan untuk saman penulis blog-blog yang telah memfitnah saya mengatakan saya kena tangkap basah dan sebagainya.

"Katanya (dalam blog) saya kena tangkap basah, kena tangkap khalwat. Macam-macam versinya, ada kena tangkap dengan pelajar ITM, ada kata pramugari, ada kata dengan budak Besut, ada kata budak Pasir Panjang, ada kata budak Batu Buruk, macam-macam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, pada Rabu.
Beliau berkata laporan polis mengenai fitnah yang tidak berasas itu juga akan dibuat dalam masa terdekat selepas berbincang dengan peguamnya.
Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah mengesan beberapa blog yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu.

"Saya nak beri nasihatlah kepada mereka yang memfitnah ini supaya menghentikan, kalau tidak kita akan heret sama ke muka pengadilan...saya harap-harap, saya akan jadi jutawan selepas ni," katanya. - BERNAMA
Maya sokong 100% keputusan MB Terengganu mahu menyaman blogger2 pembangkang yang menulis fitnah tentangnya. Seperti kita sedia tahu blogger2 pembangkang dan fitnah ada satu ikatan yang cukup serasi walaupun perkara tersebut sering dialihpandang kepada blogger2 proBN. Hakikatnya semua sudah sedia tahu blogger2 pembangkanglah yang selalu kantoi dengan penipuan & fitnah mereka, contohnya blogger Sharpshooter yang telah disaman oleh DS Rais Yatim sebanyak RM400K. Kes saman terhadap blogger2 proBN oleh pemimpin2 PR semuanya berlaku sekerat jalan hanya untuk menutup onar mereka yang didedahkan oleh blogger proBN. Harapnya MB Terengganu tidak mengikut jejak pemimpin2 PR bila kes saman mereka cuma berakhir di luar pintu pagar IPD... saman tetap saman!! - Maya De'Jendela
Share this post :

+ comments + 1 comments

10 November 2011 9:47 PG

Salah satu versi MB ditangkap khalwat dengan Maya De' Jendela.. hehe

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger